Saturday, May 22, 2010

Pon Boleh!! Koleksi Bola Sepak World Cup

Pon Boleh!! post kali ini akan menceritakan serba sedikit tentang bola-bola yang digunakan sepanjang kejohanan World Cup dianjurkan.


1) 1974 FIFA World Cup West Germany - Telstar Durlast



Merupakan bola pertama yang dihasilkan oleh Adidas untuk kejohanan rasmi.
Bola sepak pertama yang menggunakan corak pentagon hitam dan kemudian terus diciplak coraknya untuk penghasilan bola-bola sepak yang lain.


2) 1978 FIFA World Cup Argentina - Tango Durlast



Tango merupakan model bola sepak yang berjaya dimana bukan sahaja digunakan di World Cup malah digunakan juga di sukan Olimpik dan European Cup.
Mempunyai 32 seksyen yang menggabungnya menjadi bola, tidak mempunyai permulaan dan penamat malah pakar-pakar yang Pun Boleh pun tidak dapat menentukan dimanakah permulaan jahitannya.


3) 1982 FIFA World Cup Spain - Tango Espana



Tango Espana adalah bola Adidas pertama yang menggunakan kulit asli. Tango Espana adalah ketua keluarga bola tango yang lain seperti;
Tango Mundial - bola yang diuji di dalam wind tunnel
Tango Alicante - model bola ringan yang special
Tango Malaga - untuk di gunakan di padang yang kasar
Tango Indoor - untuk indoor football


4) 1986 FIFA World Cup Mexico - Azteca



Merupakan bola yang menggunakan jahitan tangan dan bahan-bahan sintetik.
Di buat dgn 4 lapisan dan digabung dengan struktur "Adicron".
Teknik ini digunakan untuk ketahanan bola, keupayaan mengekalkan bentuknya dan kalis air.


5) 1990 FIFA World Cup Italy - Etrusco



Merupakan produk high tech yang diperbuat daripada fiber sintetik yang berkualiti tinggi.
Kulit luarnya diperbuat daripada polyurethane dan mampu menyerap hentakan dan mempunyai daya lantunan yang baik.


6) 1994 FIFA World Cup USA - Questra



Questra juga bermaksud "the quest for the stars" dibuat sepenuhnya di "Adidas centre for ball development" di Perancis diikuti oleh ujian perlawanan di Perancis, Jerman dan USA oleh pemain-pemain profesional.


7) 1998 FIFA World Cup France - Tricolore



Dibuat menggunakan foam layer.
Mempunyai lebih daya mampatan, dan daya lantunan yang lebih baik menjadikan bola ini lebih lembut dan lebih laju.


8) 2002 FIFA World Cup Korea Japan - Fevernova



Pakar mengatakan Fevernova telah meletakkan satu standard baru dalam sukan bola sepak.
Ia merupakan bola yang paling jitu yang pernah dihasilkan Adidas.
Lapisan sintetik foam yang mengandungi gas belon mikro membuatkannya mempunyai sifat mengembalikan tenaga dan tambahan kusyen untuk kawalan dan ketepatan yang lebih tinggi.
Fevernova telah diperbaiki pergerakan 3D nya dan menghasilkan gerakan yang lebih persis dan boleh dijangka gerakannya.


9) 2006 FIFA World Cup Germany - Teamgeist



Johann Vogel dan David Beckham mengatakan ia sebuah bola yang cukup hebat, namun ia dikritik hebat oleh top player sebelum World Cup bermula.
Roberto Carlos dan Paul Robinson mengatakan ia terlalu ringan dan pergerakannya menjadi berlainan apabila dimainkan ketika basah.
Mempunyai jahitan yang kurang berbanding bola sebelum ini dan daya rintangan angin yang rendah.


10) 2010 FIFA World Cup South Africa - Jabulani



Bola ini diperbuat di China menggunakan latex dari India, thermoplastic polyurethane-elastomer dari Taiwan, ethylene vinyl acetate, isotropic polyester/cotton fabric, gam dan dakwat dari China.
Permukaan bola mempunyai tekstur beralur iaitu satu teknologi yang dihasilkan oleh Adidas yang dipanggil GripnGroove yang berfungsi untuk meningkatkan aerodinamik bola tersebut.

Wednesday, May 19, 2010

Pon Boleh!! Stadium-stadium terpelik di dunia


Musim world cup sudah semakin hampir, ia merupakan acara sukan yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Post pertama 'pon boleh' akan membawa anda semua melihat stadium-stadium yang pelik pernah dibina. Suatu perkongsian yang cukup menarik.


1) Stadium Guangdong
Lokasi : Guangzhou, China

Latar Belakang : Stadium Guangdong terletak di bandar ketiga terbesar di China, dibuka pada tahun 2001 dan boleh menempatkan 80,000 penonton untuk menyaksikan perlawanan bola sepak atau olahraga.


Keunikannya : Rekabentuk stadium ini melambangkan seperti seorang pelari yang memutuskan riben di garisan penamat. Selain itu, bahagian tempat duduk atas dibentuk seperti kelopak bunga sebagai penghormatan kepada bandar Guangzhou yang dikenali sebagai ' The Flower City'.





2) Sapporo Dome



Lokasi : Sapporo, Jepun.

Latar Belakang :
Sapporo Dome yang aerodinamik telah berada di Jepun hampir sedekad. Pernah menjadi hos untuk World Cup 2002. Ia juga menjadi stadium tuan rumah untuk pasukan bola sepak Consadole Sapporo. Baseball?? pon boleh, pasukan baseball Hokkaido Nippon-Ham Fighters menjadikannya sebagai tuan rumah ketika Japan's Pacific Baseball League.

Keunikannya :
Arkitek Hiroshi Hara merekabentuk dome atau kubah untuk memudahkan salji yang melanda bandar di utara Jepun gelongsor dari bumbung stadium ini sekaligus mengurangkan beban struktur stadium itu. Bola sepak pon boleh, baseball pon boleh, konsert pon boleh. Ia adalah sebuah stadium pelbagai guna yang boleh diputar bergantung kepada aktiviti yang ingin diadakan.



3) Soccer City Stadium



Lokasi : Johannesburg, South Africa

Latar Belakang : Menggambarkan semula stadium asal yang dibina pada tahun 1986. Stadium Soccer City yang dimodelkan semula siap sepenuhnya pada masa yang ditetapkan untuk menjadi stadium utama World Cup 2010. Ia mampu memuatkan 94,000 penonton dan akan menjadi hos untuk upacara pembukaan, perlawanan pertama dan final World Cup 2010.

Keunikannya : Panel yang menjadi dinding luaran stadium diperbuat daripada konkrit fiber bertekanan tinggi dan terdapat ruang antara konkrit2 tersebut yang membenarkan cahaya bersinar melaluinya pada waktu malam. Ianya diilhamkan berdasarkan cahaya bintang yang rambang di langit Johannesburg ketika malam.




4) Beijing National Stadium


Lokasi : Beijing, China.

Latar Belakang : Dikenali sebagai "Bird's Nest", stadium ini menjadi antara stadium olimpik yang gempak, dengan upacara pembukaan yang sungguh epik dan kelahiran atlet yang unggul seperti Usain Bolt ketika Olimpik 2008.

Keunikannya : Bentuk stadium dan rekaan palang di sekeliling stadium diilhamkan dari seramik cina. Stadium ini menjadi kebanggaan masyarakat cina dan juga menjadi sumber inspirasi untuk kebangkitan pasukan China ketika Olimpik. Amat jarang sekali sebuah stadium menjadi elemen kebangkitan dalam acara sukan. Stadium pon boleh.




5) The Burj Al Arab Hotel Helipad


Lokasi : Dubai, UAE

Latar Belakang : Helipad pon boleh. Dalam persediaan untuk 2005 Dubai Championship, Burj Al Arab telah menukar helipadnya kepada gelanggang tenis untuk Roger Federer dan Andre Agassi berlatih.

Keunikannya : Sudah tentu agak pelik untuk memangil ini stadium,( terutamanya apabila ianya tiada tempat duduk penonton), tetapi terletak 650 kaki di udara, ia menjadi gelanggang tenis paling luas permandangan di dunia. Apabila ia sebuah Helipad, tetamu boleh menggunakannya untuk shuttle ke airport dengan harga USD 2700.




6) Estadio Municipal de Braga


Lokasi : Braga Portugal

Latar Belakang : Dibina untuk 2004 European Soccer Championship, stadium ini mampu memuatkan 30,000 penonton dan menjadi stadium tuan rumah untuk pasukan Sporting Braga.

Keunikannya : Bukit pon boleh. Arkitek Eduardo Souto de Moura mahu menggabungkan konsep alam semulajadi dan buatan manusia pada stadiumnya. Jadi, krewnya menarah kuari di Monte Castro dan menempatkan stadium itu di situ. untuk menghidupkan lagi konsep itu, scoreboard stadium itu diletakkan di sebuah puncak granite berdekatan dengannya.




7) The Float


Lokasi : Marina Bay, Singapura.

Latar Belakang : The Float yang dibuka pada tahun 2007 akan ditukar menjadi pentas untuk acara pembukaan dan penutupan untuk acara Youth Olympic Games pada 2010.

Keunikannya : The Float mempunyai 30,000 tempat duduk grandstand yang menghadap 33,000 kaki persegi platform besi yang diletakkan diatas 200 pontoon di dalam air.



8) Ingalls Rink


Lokasi : New Haven, CT

Latar Belakang : Dibina pada tahun 1958, "Yale Whale" sehingga kini menjadi stadium tuan rumah untuk pasukan Yale Bulldog hockey team.

Keunikannya : Bentuknya seperti ikan paus telah diilhamkan oleh arkiteknya Eero Saarinen yang juga merupakan lulusan dari Yale



9) Mellon Arena


Lokasi : Pittsburgh, PA.

Latar Belakang : Arena ini juga dikenali sebagai "The Igloo" telah menjadi tuan rumah untuk kelab Pittsburgh Penguins yang juga merupakan juara tiga kali Stanley Cup.

Keunikannya : Terletak di Steel City, Mellon Arena merupakan dome stainless steel yang terbesar di dunia.



10) Cowboys Stadium


Lokasi : Arlington, TX

Latar Belakang : Mempunyai kapasiti 100,000 penonton, ia menjadi stadium terbesar dalam NFL. Harganya mencecah USD 1.2 billion.

Keunikannya : Terdapat scoreboard yang sangat besar tergantung di tengah2 padang. ia merupakan HDTV terbesar di dunia. Dua buah tv 2100 inci 1080p LED dengan jarak pandangan 60 ela, seberat 600 tan dan kos penggunaan satu perlawanan bersamaan jumlah tenaga yang digunakan oleh purata rakyat amerika menggunakan tenaga selama 4 bulan.